Challenge yourself. There's always a sunshine behind the darkness of night.

Thursday, December 29, 2011

Terima kasih. Ini peluang saya.

Assalamu'alaikum,

:)

"Lead me, guide me, walk beside me.
Ya Allah, If I am to fall in love, let me touch the heart of someone whose heart is attached to You."


Alhamdulillah, lagi satu minggu tinggal untuk praktikal. Lepas tu cuti seminggu. YEAY! Lepas tu jugak, akan bermulalah sem 6, meniti tahun akhir. Ishk, tak percaya pulak saya ni.

Sepanjang 5 sem berpraktikal even umur sekarang baru 20 tahun, tapi saya bersyukur kerana telah diberi peluang oleh Allah untuk berjumpa dengan macam-macam orang. Dari bawah sampai lah ke atas.

Bermula alkisah saya di semester 1 dua tahun lepas, first day praktikal, memang lah nervous, because I needed to face the people that I didn't know the real background. Everyday, nervous always played through my mind till it disturbed my work. Seriously, I never tried to like it at first because all these were not my intention at all. But, who knows? That I can be like this today.

Setiap kali praktikal ada sahaja yang meninggalkan memori dan kesan ke atas diri ini. Saya dah jumpa pesakit yang tak kahwin tapi mengandung, saya dah pernah tengok orang bersalin secara real, saya jumpa pesakit yang meninggal depan mata saya, saya jumpa pesakit yang mempunyai masalah mental, saya jumpa mereka yang kekurangan diri, saya jumpa mereka yang menghidap kanser, saya jumpa pesakit HIV, saya jumpa mereka yang tiada saudara mara, saya jumpa mereka yang ada anak tapi si anak dan cucu pula memukul mereka, saya jumpa mereka yang berlagak tapi tak tahu apa-apa mengenai perubatan, saya jumpa mereka yang tak pernah nak terima kehadiran kami, saya jumpa warga tua di rumah orang tua, dan nak kata saya dah jumpa semuanya. Tapi, bukan kesemuanya.

Semua ini, sangat menggamit jiwa. Saya tahu kenapa Allah meletakkan saya dalam bidang ini. Dulu, saya tak pernah nak ambik tahu, saya tak pernah kisah dengan perasaan orang lain, saya tak pernah berusaha untuk menimbulkan minat dalam bidang yang telah ditakdirkan Allah, namun doa ibu yang sentiasa mengiringi diri ini membuatkan saya dapat terus bertahan sehingga hari ini.

Terima kasih kerana mengurniakan seorang ibu yang sentiasa mengambil berat mengenai saya walau kadang-kala saya ni jugak derhaka.

Saya kini pelajar tahun akhir yang bakal menamatkan pengajian, namun disebabkan terikat dengan kontrak IPPT, HUSM selama 5 tahun, membuatkan saya terfikir, sampai bila Allah nak uji saya. Sehingga kini saya masih bingung, apakah ini bidang yang sesuai denganku? Kalau benarlah, saya akan tetap bersabar dan terus bersabar, sebab saya tahu dengan bersabar je hati ni jadi tenang.

Minat itu sekejap timbul, sekejap tidak. Kalau ada minat, nervous tu takkan ada, rasa smooth je life ni, tak payah nak risau keadaan sekeliling, tapi bila minat mula merudung, mulalah rasa gelisah di hati ini. Tambahan, saya bermain dengan orang, bukan haiwan, bukan tumbuhan, bukan patung yang boleh dibuat main-main. Bermain dengan nyawa suatu tugas yang sukar.

Tersilap merawat, padah bakal menanti. Hati ini terus berdoa, dan berdoa semoga Allah membantuku. Membantuku dalam menghadapi semua ini. Apatah lagi, berpraktikal di bawah orang yang akan sentiasa perhatikan kita, untuk mencari kesalahan kita even kesalahan itu tak pernah kami buat.

Sukarnya, itu je yang mampu dilafazkan. Tapi saya tahu ujian ini tak sehebat orang yang berjuang bermati-matian dalam memperjuangkan agama Islam. Saya tahu, saya tak kuat macam orang lain, saya tahu saya kecik, tenaga tak cukup kuat untuk mengangkat pesakit yang lebih besar dan berat dari saya, tapi sebab saya tahu itu tugas saya untuk membantu dan merawat, Alhamdulillah, saya mampu. Saya mampu sebab saya masih ada rakan praktikal yang masih memberi kerjasama.

Tapi, bila dah kerja nanti, tu semua mungkin takde. Semua kena buat sendiri. Tak boleh nak minta tolong time macam kita belajar, sebab time kerja nanti, kita bekerja dengan orang yang berlainan status, berlainan darjat, berlainan hati, dan tak mungkin kita jumpa orang yang benar-benar yang mampu tolong kita. Tapi, kalau jumpa orang yang sekepala dan sanggup tolong, itu sudah cukup bertuah dan Alhamdulillah.

Tapi, siapa sangka apa akan terjadi kan? Kita manusia, mereka manusia, dia manusia, yang mempuanyai hati. Perasaan tak puas hati akan sentiasa wujud walaupun dengan kawan baik sekali pun, apatah lagi jika adik-beradik pun boleh nak gaduh.

Panjang pulak bebelan saya, tapi saya tahu, inilah saya yang sebenarnya. Yang jujur dalam meluahkan kata-kata. Ini kata hati saya, kata hati paling dalam. Saya tahu, saya tak sempurna, saya macam kamu, yang inginkan kebebasan hidup, yang ingin bahagia, yang inginkan keredhaan Allah setiap hari dan semuanya.

Saya juga manusia bernafsu yang mungkin saya tak nafikan saya suka shopping tapi ada terhadnya, yang suka melayari internet, yang suka dengar lagu orang putih, lagu jiwang, suka baca novel dan macam-macam, macam jiwa remaja orang katakan. Ya, saya tak nafi, yang saya ada semua sifat itu macam orang lain. Tapi, ini semua perlu dikawal. Jangan terlalu melebih sampai kita lupa waktu solat, ada waktu kita kena luangkan waktu bersama-Nya setiap masa. Yang penting, pandai uruskan masa. Tu je.

Saya sedar saya siapa, saya tahu ada orang kutuk saya sebab saya jugak kutuk orang macam orang lain, saya tahu ada orang tak suka saya, saya tahu ada orang yang perhatikan saya untuk mencari kesalahan saya, tapi saya tahu, saya perlu memandang kesemuanya positif even hati ni sakit terluka.

Walau luka hati sebesar mana pun, walau seramai mana pun orang benci saya, saya tahu Allah sayangkan saya, sebab tu DIA uji saya. Dia uji saya supaya saya lebih kuat, untuk sentiasa berpegang teguh pada-Nya. Kerana daripada Dia kita datang, kepada Dia juga kita akan kembali.

Akhir kata, wassalam...


I know something better is waiting for me.

Sunday, December 25, 2011

Chocolate Cake :)

Assalamu'alaikum,

:)

Alhamdulillah, hari ni berjaya melakukan kek coklat sebab sebelum ni pernah buat tapi mesti ada yang tak kena dengan kek itu. Haha.

Yummy yummy yum! Kat bawah ni resepi dari mak saya. Saje nak kongsi.

1. 2 cawan tepung gandum
2. 3/4 cawan serbuk koko Van Houten
3. 1 sudu kecil baking powder
4. 1 sudu kecil soda bikarbonat
(Bahan-bahan kat atas ni kena ayak sekali gus tau)

Lepas tu, campur bahan-bahan yang atas tu dengan kat bawah ni satu persatu sambil mengacau sehingga sebati.
5. 1 cawan gula kasar
6. 2 biji telur
7. 1 sudu besar esen vanilla
8. 1 cawan susu cair
9. 1 cawan minyak
10. 1 cawan air panas

Lepas siap mengacau tu, kukuslah selama satu jam. Then, lepas kek tu siap dikukus, baru kita buat cover coklat cair kat atas tu. Saya guna satu bar coklat masakan dicampur dengan planta. Panaskan sampai cair coklat dan planta tersebut dan kacau hingga sesuai tahap kecairannya.


Ok, ni kek coklat kukus saya yang menjadi dengan baik :)
Mestilah suka kan.

p/s : Tapi kan, setiap masakan yang saya masak sendiri, saya tak pernah suka makan walaupun sedap (perasan jap)*. Seriously, saya pun tak tahu kenapa. Benar kata orang, masakan ibu lah yang sentiasa menjadi sasaran anak-anak!

I know I'm not good in doing everything, but at least, I'm trying! So you, please have some motivation in yourself to keep you be more independent and please be nice to others!


Saturday, December 24, 2011

I never say I'm too perfect in everyone's eyes!

Assalamu'alaikum,


Making our life by experiencing it.

Sekarang sedang cuti-cuti rehatkan minda di rumah bila hujung minggu menjelma. Indahnya, seronoknya, dan semuanyalah. Alhamdulillah. Masih diberi peluang untuk pulang ke rumah.

Sejak balik, tiap-tiap hari keluar rumah ikut mak, abang dan adik. Best best. Tak lah terperap je dalam rumah jadi jeruk makanan. Hehe.

Walaupun 3 hari je (hari ni baru hari kedua), aku tetap suka. Dan praktikal masih lagi tinggal 2 minggu! Weeee~

Tadi, masa kat bandar, I saw a man. Looking for the food and something he wanted at the rubbish bin. Pity him. Dia minum air kotak yang dia jumpa dalam tong sampah, lepas tu dia kutip makanan dari tong sampah dan barang-barang yang masih boleh digunakan.

And then, I saw another man wearing kain pelikat. He too, did the same thing. Oh, Allah, please do save them, give them Your bless to them. They need help.

Sedang kita begitu asyik dengan peredaran zaman dunia ini, tolonglah pandang pada mereka yang serba kekurangan. Jangan sombong bila kaya, tapi kenal erti sedekah bila kaya.

Mereka juga manusia, kita juga manusia, kita tiada beza. Yang beza cuma darjat yang diciptakan manusia itu sendiri. Setinggi-tinggi dan seagung mana pun manusia itu, ingatlah, Allah itu sebaik-baik pencipta alam dan lagi maha berkuasa. Allahuakbar!


Make a difference, buddies!

p/s : Kadang-kadang kita terlupa, kita jauh daripada Allah, lalai dalam menjaga hubungan kita dengan-Nya. Sebab itu jangan ditanya kenapa kita lemah saat derita menimpa, kerana kita rasa bantuan itu tiada daripada-Nya. Ubatnya adalah mendekat. Biarlah dahi kepada bumi melekat.


Friday, December 16, 2011

Finished already

Assalamu'alaikum,

:)

Semalam, selesai praktikal di Unit Psikiatri Hospital Hulu Terengganu. Alhamdulillah, setakat ini, berbagai-bagai pesakit yang telah saya jumpa.

Dan kat sini, sangat best walau kadang-kadang sangat bosan bila takde aktiviti nak buat. Yang jadi best bila ada pesakit manic sebab pesakit ni lah yang menceriakan wad. Tapi, pesakit ni kena hati-hati sebab boleh jadi agresif dan mengawal keadaan yang mana pesakit ni akan bertindak sebagai ketua.

Tak lupa juga, banyak kenangan bersama pesakit di sini terutama semasa OT (Occupational Therapy). Masa ni lah, banyak aktiviti yang kami buat ; senam aerobik, melukis, kota beracun, berkaraoke, main carrom, main ping pong dan macam-macam lagi.

Tapi, bila kami main, macam kami pulak pesakitnya. Yelah, bukan semua pesakit terlibat. Yang terlibatnya cuma 2 orang, walhal kami ni 10 orang pelajar. Ishk3...ada peluang untuk jadi pesakit jugak saya ni. Haha.

Saya jumpa pelbagai pesakit, pelbagai pelawat, pelbagai ahli keluarga pesakit, pelbagai staf yang mempunyai pelbagai ragam, kerenah dan kelakuan. Kalau jumpa yang perasan bagus, kena sabar selalu, jumpa yang OK, rasa senang je nak follow apa yang mereka harapkan. Itulah namanya hidup, kan?

Kami sebagai student, mereka sentiasa mengharapkan yang terbaik. Bak kata orang, practice makes perfect. Tapi bagi saya, perfect doesn't mean that we can be perfect in every single thing we do. Just do remind it, people. Don't let us think that everything is easy.

Walau apa pun, masih lagi berbaki 3 minggu untuk praktikal. Wad medikal dan surgikal. Back to busy life again in the hospital. @__@

Whatever is coming to us, we have to accept it. Even, we don't like or hate it, we must to face it.



I don't know what's playing on my mind. I just know you by looking at you not knowing by talking to you. Oh, Allah. Why do I have this feeling? Astaghfirulla hal 'azim.
Jauhkan aku dari godaan syaitan yang boleh merosakkan hati dan akal fikiran ini, ya Allah.


Sunday, December 11, 2011

Kenapa?

Assalamu'alaikum,

:)

Alhamdulillah, selesai final exam semalam. Lepas exam, terus diserang sakit kepala. Maklumlah, tak cukup tidur konon-konon study sampai nak lebam mata. Tapi yang penting, ibadah kepada-Nya jangan dilupa. Kejayaan atau kegagalan datang dari-Nya.

Hari ni sepatutnya dah start praktikal, tapi, tak jadi sebab tak buat surat. Esok start la, boleh jugak relax hari ni release tension sebab exam.

Lepas exam, rasa sedih sampai la hari ni. Susah betul jadi perempuan, ikut suka dia je nak berubah mood. Sabo je la :)



Jangan terlalu gembira, kerana duka bakal bertandang. Tak salah berkongsi kegembiraan, tapi luahkan segalanya di tikar sejadah. Syukur kepada-Nya yang tak terhingga. Jika kegagalan itu ujian, ingatlah kejayaan itu adalah nikmat. Dan nikmat itulah ujian paling berat kerana manusia boleh terlalai.


Monday, December 5, 2011

I passed!

Assalamu'alaikum.

:)

Alhamdulillah, Alhamdulillah. All praises to Allah. Thanks Allah.

As for today, we, batch 09/10, semester 5, were all succeed in Objective Structured Clinical Exam, OSCE (we should be in semester 6 right now, but because of our practical was 7 credit hours, so, we have to be really really patient on this just because of our practical for this semester is 3 months and a half).

So disgusting, I couldn't believe it at first because students who were on the same batch like us, had started their semester 6 about a month and will finish their study on March 2012.

But, we are not lucky as them. What was written by Allah, we have to accept this. Because I believe in Allah, there is wisdom behind it. We may finish our study on July 2012. So pity!

But, today, for what I told as before, we were so happy today. All thanks to Allah. And I have to keep promise on myself to have fasting vows as it was my intention if I passed the OSCE.




The OSCE was done to apply clinical and theoretical knowledge. What we learned in the class, what we practiced in lab, what we applied on patients in the hospital, they all need to be applied in OSCE. That was very nervous for us. Even, each station (actually we have 5 stations, and each of them were given only 5 minutes to do a procedure, depends on the questions and situations given) was only 5, we were so so so nervous till I felt like my heart was out of my body.

And, what a very shocked to me is, I was in the first group! They put the names randomly. Plus, it was my first time to be the first. Before this, they organized the names in order either started from above or below, and my name will be in the middle!

Although I was the first, but, I finished it earlier than others. HAHA. So, happy. Sometimes, it is good to be the first, because, all nervous will be just in seconds. Maybe. Thanks to Professor for coming and visiting us! You really really give us zest! You told us to always think about happiness, not negative thinking such as always think about failure.

And yes, honestly, I have failed three times in OSCE, so that's why, every OSCE, I will think about failure and nervous comes to me out of sudden. Just imagine if it was you in my situation, nothing will change, right?

Even I try very harder and always practice, failure will come to me even without inviting it. But, now, I succeed it. Truly, I was very happy. I never fail in subjects when I was in primary and secondary school, but, when it comes to university, I faced it, I felt it. And now, I know what's the failure is all about. It teaches us to be always grateful to Allah. People are so true, everyone will face the failure even before this he or she was a successful person.

And, it all me here, who experiences it. Don't let your ego makes you down, or you will disappointed for the entire of your life.

Let us be happy, whatever comes, just face it and make it as your challenge in you life. Without challenge, our life is empty. Just put our believe in Allah always, make doa to Him everyday, every minute, every second, and InsyaAllah, something good will wait for us. We just need to be patient, and patient, and patient, ALWAYS :)


Live for it happily even you face a thousand failure!