Challenge yourself. There's always a sunshine behind the darkness of night.

Saturday, December 24, 2011

I never say I'm too perfect in everyone's eyes!

Assalamu'alaikum,


Making our life by experiencing it.

Sekarang sedang cuti-cuti rehatkan minda di rumah bila hujung minggu menjelma. Indahnya, seronoknya, dan semuanyalah. Alhamdulillah. Masih diberi peluang untuk pulang ke rumah.

Sejak balik, tiap-tiap hari keluar rumah ikut mak, abang dan adik. Best best. Tak lah terperap je dalam rumah jadi jeruk makanan. Hehe.

Walaupun 3 hari je (hari ni baru hari kedua), aku tetap suka. Dan praktikal masih lagi tinggal 2 minggu! Weeee~

Tadi, masa kat bandar, I saw a man. Looking for the food and something he wanted at the rubbish bin. Pity him. Dia minum air kotak yang dia jumpa dalam tong sampah, lepas tu dia kutip makanan dari tong sampah dan barang-barang yang masih boleh digunakan.

And then, I saw another man wearing kain pelikat. He too, did the same thing. Oh, Allah, please do save them, give them Your bless to them. They need help.

Sedang kita begitu asyik dengan peredaran zaman dunia ini, tolonglah pandang pada mereka yang serba kekurangan. Jangan sombong bila kaya, tapi kenal erti sedekah bila kaya.

Mereka juga manusia, kita juga manusia, kita tiada beza. Yang beza cuma darjat yang diciptakan manusia itu sendiri. Setinggi-tinggi dan seagung mana pun manusia itu, ingatlah, Allah itu sebaik-baik pencipta alam dan lagi maha berkuasa. Allahuakbar!


Make a difference, buddies!

p/s : Kadang-kadang kita terlupa, kita jauh daripada Allah, lalai dalam menjaga hubungan kita dengan-Nya. Sebab itu jangan ditanya kenapa kita lemah saat derita menimpa, kerana kita rasa bantuan itu tiada daripada-Nya. Ubatnya adalah mendekat. Biarlah dahi kepada bumi melekat.


No comments:

Post a Comment

segan segan segan