Challenge yourself. There's always a sunshine behind the darkness of night.

Friday, October 28, 2011

Don't

Here's another day,
A day without nothing.

How much I forgot these days,
Every single thing doesn't mean anything to me.

Hey, I'm okey,
I'm fine.

But, people don't understand,
Looking up to the sky,
Searching for something.

I just wondered,
For so long.

I thought that I was so wrong,
Please be stronger my dear.

Life is an adventure in forgiveness.



"Communicate with others like I did" - Nothing is wrong till you make a mistake


p/s : 'Character can't be developed in ease and quiet. Only through experience of trial and suffering can the soul be strengthened, ambition inspired and success achieved.'


Wednesday, October 26, 2011

Pahit manis kena telan jugak tapi tak kenyang.


Assalamu'alaikum,

Alhamdulillah, masih diberi peluang untuk menghirup udara segar pada hari ini.

Semalam, selamat tiba di UniSZA jam 5:40 petang dari AMBS. Banyak kenangan kat sini walau yang pahit tetap ada. Meninggalkan kesan yang agak mendalam.

Di sana, Rumah Ehsan Bandar Al Muktafi Billah Shah, tempat kami berpraktikal. Majoriti warga tua di sana adalah sebatang kara. Ditanya, "Pak Cik ada anak tak?". "Tak. Pak Cik tak kahwin". Sedih kan?

Siapa kita untuk membuang mereka? Mereka yang beri kita kehidupan, tapi kita pula yang membuang mereka. Seteruk mana pun mereka, sejahat mana pun sesetengah dari mereka, ingatlah, mereka tetap saudara kamu, darah dagingmu.

Jangan dibenci pada mereka, padahnya tak berlaku sekarang, mungkin 10 tahun, 20 tahun, siapa tahu? Kita tak berhak mempersoalkan kejadian Allah. Yang berlaku tetap berlaku.

Ada juga dari kalangan mereka yang masuk secara sukarela. Sedih sungguh kisahnya. Tapi, dia mengaku, itu silapnya sendiri. Tersalah guna harta kekayaan, akhirnya membawa diri ke tempat itu.

Nasihatnya, jangan terlalu enjoy sampai lupakan orang lain, orang sekeliling. Kekayaan tidak menjamin apa-apa yang manis dalam kehidupan. Sesungguhnya yang manis itu adalah mendekatkan diri kepada Yang Mencipta kita.

Terasa berat untuk meninggalkan mereka. Dengan kehadiran kami di sana yang seramai 57 orang (senior sem 5 + junior sem 1), wajah ceria yang ditunjukkan. Tatkala kami ingin meninggalkan mereka, wajah sedih bertandang pada muka kami dan mereka.

Teringat kata teman yang menceritakan kepada kami mengenai warga tua di wad lain, ada mak cik tu cakap, yang baik selalu je cepat pergi, yang suka marah tu lah yang ada lama di wad.

Praktikal cuma tiga hari je disebabkan cuti pada hari ini dan esok. Kadang, terasa belum puas berada di sana. Suasananya tenang dan damai dikelilingi oleh bukit bukau. Maklumlah kawasan hutan yang baru nak membangun.

Walau apa pun, yang lepas tetap lepas. Yang tinggal hanyalah kenangan.

Dan paling penting, kami berbarbeque di asrama yang kami menginap.

Tapi, ada satu peristiwa berlaku kat sana. Yang terjadi pada diriku. Hari terakhir kami berpraktikal, aku terjatuh tangga di Rumah Ehsan. Maklumlah time hujan. Lantai licin, kasut pulak jenis licin. Sakitnya tak terkira. Terhempas punggungku sampai tak boleh nak bangun.

Bahaya jatuh macam ni, risiko untuk mendapat paralysis adalah tinggi sebab melibatkan tulang belakang dan saraf-saraf. Hari ni, spine aku sakit, leher belakang pun sakit. Nak pusing badan dengan kepala macam sure tak sure je.

Semalam, nak naik tangga pun susah. Macam orang tua je. Ni kira kali ke dua aku kena. Kali pertama kena masa darjah 5. About 10 years ago. Jatuh dari basikal. Tu pun susah nak bangun. Balik je dari Dungun, suruh mak ambil kat U. Then, pergi mengurut.

Mak Cik tu kata, tulang senget. Haaa..? Sakit benor time tuh. Lepas kena urut tu la, makin worse hari ni. Sabo je la :'/

Moga-moga tiada apa-apa yang buruk terjadi pada diri ini. Hari Sabtu ni bertolak ke HUSM pulak. *sigh*

Lagi-lagi kena kemas barang. Da la sakit, ni nak kena angkat benda berat pulak. Macam mana nak pulih kalau asyik bergerak je. Takut benar kalau compressed fracture. Seram pulak, mentang-mentang da belajar Orthopedic, jadi fobia rasanya.


********iklan********


Kami menginap di Kolej Kediaman Ketengah


Apa tu?
*Gambar hiasan*

Ketiadaan pekerjaan di petang hari


Lagi lagi dan lagi





Rumah tergantung


Apa tengok-tengok? Tak boleh jalan macam "catwalk" ke?


p/s : Ke Kubang Kerian :'/
fobia hendak ke sana lagi. lagi satu kes pernah terjadi di sini. kes ceroboh rumah sewa time subuh hari. lagi-lagi aku yang kena. tak nak!!!

hidup merantau memang macam ni. sabo je la.


Friday, October 21, 2011

FULLSTOP means NOKTAH means THE END


*******



Esok, bakal berangkat ke Al-Muktafi Billah Shah. Seriously, I just feel so lazy. *ketidakikhlasan*.

Praktikal dan terus praktikal. Sampai bila? *merungutlagi*

Sebelum ni da ke HUSM 2 minggu. Ulang alik ulang alik. Buat penat je. Kan senang kalau direct 4 minggu kat sana. Ni tak, sekejap ke sana, sekejap ke mari. *Adoi*

Lepas tu, pergi ke HUSM, Kubang Kerian pulak. *Stress sebab raya haji minggu tu. Entah balik ke tidaknya*

Sem 5 ni 3 bulan setengah, sem 6 nanti, 6 bulan praktikal. Orang lain da habis belajar, kita je tak lagi. *T___T*

Walau apa pun yang datang, terimalah, itu adalah ketentuan Allah. Kita cuma merancang.

Sangat jealous dengan budak kos lain. Bercuti la, apa lagi. *kita ni bila nak ada cuti panjang*

Teringat lagi kata-kata ustazah, "Kamu semua ni adalah orang-orang yang terpilih oleh Allah untuk mejadi kuat, untuk sentiasa sabar dan tabah. Masa akan datang siapa tahu, kamu itu lebih kuat berbanding orang lain sebab kamu telah merasa susah di usia muda"

Terima kasih ustazah sebab naikkan semangat kami semua. InsyaAllah...


Nak cuti
Nak cuti
Nak cuti
Nak cuti
Nak cuti
Tolonglah faham


p/s : tak nak beraya haji di Kelantan. nak balik ke Kuala Terengganu :'/
*malas nak packing barang*


Wednesday, October 19, 2011

Berapa banyak dosa kita?



Allah did not promise,
Days without pain,
Laughter without sorrow,
Sun without rain.

But, He did promise,
Strength for the day,
Comfort for tears,
And light for our ways.


Setiap maksiat membawa kepada dosa; setiap dosa akan memberi satu titik hitam dalam hati manusia

“Fitnah-fitnah akan mengenai hati-hati seperti tikar yang dianyam sebatang-batang. Maka mana-mana hati yang dimasuki fitnah akan tertitik dengan titik dan mana-mana hati yang menolaknya akan tertitik dengan titik putih hinggalah menjadi dua hati;

Pertama: Putih seperti batu yang licin, ia tidak dimudarati oleh fitnah selama ada langit dan bumi.

Kedua: Hitam kelabu seperti kendi yang mengalir airnya tidak mengenali yang baik dan tidak mengenali yang mungkar kecuali yang sesuai dengan nafsunya.”

- Rasulullah SAW (Riwayat Hudhaifah)-



p/s : Keadaan mental manusia semakin teruk dan sangat membimbangkan!