:)
"Lead me, guide me, walk beside me.
Ya Allah, If I am to fall in love, let me touch the heart of someone whose heart is attached to You."
Alhamdulillah, lagi satu minggu tinggal untuk praktikal. Lepas tu cuti seminggu. YEAY! Lepas tu jugak, akan bermulalah sem 6, meniti tahun akhir. Ishk, tak percaya pulak saya ni.
Sepanjang 5 sem berpraktikal even umur sekarang baru 20 tahun, tapi saya bersyukur kerana telah diberi peluang oleh Allah untuk berjumpa dengan macam-macam orang. Dari bawah sampai lah ke atas.
Bermula alkisah saya di semester 1 dua tahun lepas, first day praktikal, memang lah nervous, because I needed to face the people that I didn't know the real background. Everyday, nervous always played through my mind till it disturbed my work. Seriously, I never tried to like it at first because all these were not my intention at all. But, who knows? That I can be like this today.
Setiap kali praktikal ada sahaja yang meninggalkan memori dan kesan ke atas diri ini. Saya dah jumpa pesakit yang tak kahwin tapi mengandung, saya dah pernah tengok orang bersalin secara real, saya jumpa pesakit yang meninggal depan mata saya, saya jumpa pesakit yang mempunyai masalah mental, saya jumpa mereka yang kekurangan diri, saya jumpa mereka yang menghidap kanser, saya jumpa pesakit HIV, saya jumpa mereka yang tiada saudara mara, saya jumpa mereka yang ada anak tapi si anak dan cucu pula memukul mereka, saya jumpa mereka yang berlagak tapi tak tahu apa-apa mengenai perubatan, saya jumpa mereka yang tak pernah nak terima kehadiran kami, saya jumpa warga tua di rumah orang tua, dan nak kata saya dah jumpa semuanya. Tapi, bukan kesemuanya.
Semua ini, sangat menggamit jiwa. Saya tahu kenapa Allah meletakkan saya dalam bidang ini. Dulu, saya tak pernah nak ambik tahu, saya tak pernah kisah dengan perasaan orang lain, saya tak pernah berusaha untuk menimbulkan minat dalam bidang yang telah ditakdirkan Allah, namun doa ibu yang sentiasa mengiringi diri ini membuatkan saya dapat terus bertahan sehingga hari ini.
Terima kasih kerana mengurniakan seorang ibu yang sentiasa mengambil berat mengenai saya walau kadang-kala saya ni jugak derhaka.
Saya kini pelajar tahun akhir yang bakal menamatkan pengajian, namun disebabkan terikat dengan kontrak IPPT, HUSM selama 5 tahun, membuatkan saya terfikir, sampai bila Allah nak uji saya. Sehingga kini saya masih bingung, apakah ini bidang yang sesuai denganku? Kalau benarlah, saya akan tetap bersabar dan terus bersabar, sebab saya tahu dengan bersabar je hati ni jadi tenang.
Minat itu sekejap timbul, sekejap tidak. Kalau ada minat, nervous tu takkan ada, rasa smooth je life ni, tak payah nak risau keadaan sekeliling, tapi bila minat mula merudung, mulalah rasa gelisah di hati ini. Tambahan, saya bermain dengan orang, bukan haiwan, bukan tumbuhan, bukan patung yang boleh dibuat main-main. Bermain dengan nyawa suatu tugas yang sukar.
Tersilap merawat, padah bakal menanti. Hati ini terus berdoa, dan berdoa semoga Allah membantuku. Membantuku dalam menghadapi semua ini. Apatah lagi, berpraktikal di bawah orang yang akan sentiasa perhatikan kita, untuk mencari kesalahan kita even kesalahan itu tak pernah kami buat.
Sukarnya, itu je yang mampu dilafazkan. Tapi saya tahu ujian ini tak sehebat orang yang berjuang bermati-matian dalam memperjuangkan agama Islam. Saya tahu, saya tak kuat macam orang lain, saya tahu saya kecik, tenaga tak cukup kuat untuk mengangkat pesakit yang lebih besar dan berat dari saya, tapi sebab saya tahu itu tugas saya untuk membantu dan merawat, Alhamdulillah, saya mampu. Saya mampu sebab saya masih ada rakan praktikal yang masih memberi kerjasama.
Tapi, bila dah kerja nanti, tu semua mungkin takde. Semua kena buat sendiri. Tak boleh nak minta tolong time macam kita belajar, sebab time kerja nanti, kita bekerja dengan orang yang berlainan status, berlainan darjat, berlainan hati, dan tak mungkin kita jumpa orang yang benar-benar yang mampu tolong kita. Tapi, kalau jumpa orang yang sekepala dan sanggup tolong, itu sudah cukup bertuah dan Alhamdulillah.
Tapi, siapa sangka apa akan terjadi kan? Kita manusia, mereka manusia, dia manusia, yang mempuanyai hati. Perasaan tak puas hati akan sentiasa wujud walaupun dengan kawan baik sekali pun, apatah lagi jika adik-beradik pun boleh nak gaduh.
Panjang pulak bebelan saya, tapi saya tahu, inilah saya yang sebenarnya. Yang jujur dalam meluahkan kata-kata. Ini kata hati saya, kata hati paling dalam. Saya tahu, saya tak sempurna, saya macam kamu, yang inginkan kebebasan hidup, yang ingin bahagia, yang inginkan keredhaan Allah setiap hari dan semuanya.
Saya juga manusia bernafsu yang mungkin saya tak nafikan saya suka shopping tapi ada terhadnya, yang suka melayari internet, yang suka dengar lagu orang putih, lagu jiwang, suka baca novel dan macam-macam, macam jiwa remaja orang katakan. Ya, saya tak nafi, yang saya ada semua sifat itu macam orang lain. Tapi, ini semua perlu dikawal. Jangan terlalu melebih sampai kita lupa waktu solat, ada waktu kita kena luangkan waktu bersama-Nya setiap masa. Yang penting, pandai uruskan masa. Tu je.
Saya sedar saya siapa, saya tahu ada orang kutuk saya sebab saya jugak kutuk orang macam orang lain, saya tahu ada orang tak suka saya, saya tahu ada orang yang perhatikan saya untuk mencari kesalahan saya, tapi saya tahu, saya perlu memandang kesemuanya positif even hati ni sakit terluka.
Walau luka hati sebesar mana pun, walau seramai mana pun orang benci saya, saya tahu Allah sayangkan saya, sebab tu DIA uji saya. Dia uji saya supaya saya lebih kuat, untuk sentiasa berpegang teguh pada-Nya. Kerana daripada Dia kita datang, kepada Dia juga kita akan kembali.
Akhir kata, wassalam...
I know something better is waiting for me.
No comments:
Post a Comment
segan segan segan