Challenge yourself. There's always a sunshine behind the darkness of night.

Sunday, December 11, 2011

Kenapa?

Assalamu'alaikum,

:)

Alhamdulillah, selesai final exam semalam. Lepas exam, terus diserang sakit kepala. Maklumlah, tak cukup tidur konon-konon study sampai nak lebam mata. Tapi yang penting, ibadah kepada-Nya jangan dilupa. Kejayaan atau kegagalan datang dari-Nya.

Hari ni sepatutnya dah start praktikal, tapi, tak jadi sebab tak buat surat. Esok start la, boleh jugak relax hari ni release tension sebab exam.

Lepas exam, rasa sedih sampai la hari ni. Susah betul jadi perempuan, ikut suka dia je nak berubah mood. Sabo je la :)



Jangan terlalu gembira, kerana duka bakal bertandang. Tak salah berkongsi kegembiraan, tapi luahkan segalanya di tikar sejadah. Syukur kepada-Nya yang tak terhingga. Jika kegagalan itu ujian, ingatlah kejayaan itu adalah nikmat. Dan nikmat itulah ujian paling berat kerana manusia boleh terlalai.


No comments:

Post a Comment

segan segan segan