
Ramai mengaku mahu masuk syurga tapi bila diajak ke taman-taman syurga (majlis ilmu), ramai sahaja yang memberi alasan dan menolak.
Kenapa? Kenapa perlu diberi alasan yang tak munasabah? Kalau annual dinner semua sanggup nak pergi dan berhias diri, tapi dalam menuntut ilmu agama kenapa hati terasa berat untuk pergi? Bukan semua, tapi segelintir orang kita.
Rugi sangatkah? Padahal ilmu agama itulah yang membawa kita kepada jalan menuju kepada-Nya. Jalan yang diredhai Allah. Ilmu yang kekal. Percuma dan membawa kepada keberkatan hidup.
Kenapa perlu ditimbulkan isu-isu yang membangkitkan kemarahan orang Islam? Salahkah kalau seseorang itu berniat baik dan ikhlas? Sungguh sakit hati ini bila sesetengah orang berfikiran yang kita bersikap menunjuk-nunjuk. Padahal yang haram boleh pula dikatakan halal. MasyaAllah.
Ya Allah, berilah petunjuk kepada mereka yang terlibat agar mereka bertaubat, kembali kepada jalan-Mu, sebelum nyawa mereka ditarik.
Dan, Allah itu memang hebat. Dengan hanya berwuduk, perasaan sedih dapat hilang. Fikiran kita menjadi jernih dan tenang. Apalagi apabila kita bersungguh-sungguh dalam bersolat. Setiap masalah yang dihadapi diberi jalan keluarnya. Itu belum lagi dengan solat tahajud. Sekiranya kamu lakukan solat tahajud, kamu diterbangkan ke tempat yang mulia. Apa pun masalahnya, pasti akan dimudahkan oleh Allah.”

No comments:
Post a Comment
segan segan segan