Challenge yourself. There's always a sunshine behind the darkness of night.
Thursday, January 3, 2013
3/365. Derhakaku
Diam dia terduduk di situ. Melepaskan apa jua yang sedang terbuku di hadapan-Nya...
Ikuti kisah"nya", yang mungkin diri saya, kamu, atau dalam kalangan kamu dan mereka.
Aku mungkin si anak derhaka
Yang kadang berkasar bila berbicara
Yang merungut itu ini bila disuruh
Yang pantang perlu mengikut segala perintah
Yang tidak sopan di hadapan tetamu
Yang tidak menghormati pada si tua
Ya, itu aku
Ramai berbicara buruk tentangku
Yang nampak di mata cuma keburukan semata-mata
Ternyata mereka itu agak "kolot"
Itu kataku dalam hati
Tapi aku jua masih punya perasaan
Yang jua tahu apa itu sakit
Yang tahu apa itu pedih
Yang tahu apa itu marah
Yang tahu apa itu rasa dibandingkan
Aku jua masih ada banyak ingin diperkatakan
Tapi sering kali terdiam bila dikatakan menjawab
Sekadar menasihati hati sendiri
Jangan jadi anak derhaka
Tapi kadang
Ada sesuatu yang mereka tidak nampak
Mereka jua perlu belajar dari yang muda
Kerana masih ramai dari mereka pemikiran berdasarkan adat
Adat dilebihkan dari agama
Kerana adat itu
Dari senang menjadi susah, rumit, tiada barakah
Anak derhaka
Sepatutnya yang membesarkan si anak derhaka lebih tahu
Bukan jiran, bukan guru, bukan orang lain
Tapi ibubapa itu sendiri
Ramai mahukan anak-anak yang terbaik
Tapi benarkah ibubapa itu sudah menjadi tauladan terbaik
Jangan dituding pada yang lain
Kelak binasa itu pada diri
Derhakaku bersebab
Kerana mungkin aku tidak mengerti
Kerana aku tidak faham
Kerana aku tiada tempat untuk memberitahu apa yang terbuku
Melainkan Dia tempat segalanya
Derhakakah aku
Salahkah aku
Si anak jangan disorongkan dengan gajet untuk dipujuk
Tapi pujuk si anak dengan agama
Agar generasi itu kelak orang berguna
Berkembang selari dengan didikan agama
Kerana agama itu teras kehidupan
Wallahu'alam
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment
segan segan segan