Challenge yourself. There's always a sunshine behind the darkness of night.

Tuesday, December 25, 2012

Terima kasih




Malam sudah larut, itu semalam. Otak ini makin ligat berfikir. Makin lancar. Pantas. Idea mencurah-curah, tapi itu ketika di pembaringan. Sebelum mata tertutup menikmati mati sementara.

Hati tenang, terasa damai, lembut sekali, terasa ingin dikekalkan rasa itu dalam hati, untuk selalu, selama hayat ini. Allah, terima kasih untuk ketenangan itu. Subhanallah. Alhamdulillah. Allahuakbar.

Hanya ucapan itu yang terucap. Ingin diputarkan kembali masa itu, masa semalam itu. Rasanya bak sutera dilepasi angin bertiup.

Sukarnya, bila ia pergi. Datang pula hati kelam kelabu, tapi yang sakitnya jantung ini. Bila marah, jantung ini yang kencang, bila sedih, dada terasa perit, bila stress, darah dipam oleh jantung hingga ke kepala, meletup-letup rasa senak di dada, bila tenang, dada ini yang lapang, jantung berdegup normal, dada terasa lega, tiada bebanan. Tapi semua perasaan itu jantung yang rasa, tapi hati? Kesian hati. Hati yang sakit. Sakit hati. Eheh *boleh melawak pulak, lawak ke?*

"Ketahuilah di dalam jasad itu ada segumpal darah, sekiranya ia baik, maka baiklah seluruh jasad, sekiranya ia buruk, maka buruklah seluruh jasad, ketahuilah bahawa ia adalah qalb (ramai menterjemahkan qalb sebagai hati, ada pula mengatakan ia adalah jantung). [Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim]
-Sumber Batu Bata Kehidupan; Hilal Asyraf; Hati yang lupa kita jaga; m/s 8-


Maaf jika tersilap kata, mohon perbetulkan jika salah. Mohon bicara pada saya. Kerana saya jua jahil.

***

"People always said 'long way to go'. Sometimes I didn't agree with this statement, but sometimes, I did. I agreed because it means, 'a lot of work to do or improvements to make'. But, for me, when I thought it back, it did mean 'what if we die tomorrow, and there will be no more chance to make an improvement?'"

*Faham tak maksudnya? Tersirat ni. It can be two meanings for me*


Well, let your mind grow, and spread it out.


Dah kenapa macam lain topik ni?




No comments:

Post a Comment

segan segan segan