Challenge yourself. There's always a sunshine behind the darkness of night.

Wednesday, March 28, 2012

Pergi tak kembali.




"Penat lah," dalam hati dia mengeluh lagi. Pada hal dia tahu mengeluh itu tak elok. Namun begitu, dia tetap memotivasikan diri untuk tidak mengeluh.

Hari tu, dia kepenatan sangat. Penat berbuat baik, tapi hati ikhlas dalam membantu sesiapa pun. Tapi, dia tetap sabar. Itu yang baiknya.

Tersenyum, gembira bila hujung minggu tiba, tapi sayang assignment dia masih tak sempurna. Dia tak suka kerja last minute, tak suka tangguh-tangguhkan, tapi sebab fizikal letih, otaknya tak mampu untuk bertahan dalam tempoh yang lama.

Dia, bukan seorang yang mengamalkan pemakanan yang sihat. Sayur hijau bukan makanan kegemarannya. Hari demi hari, dia melalui hari yang sama.

Dia tidak memerlukan bantuan sesiapa. Dia pandai berdikari, tak macam orang lain yang asyik nak berteman. Tapi, begitu pun dia, Allah masih beri dia ujian.

Ujian yang tidak putus-putus sering mengiringi dia. Dia menangis, dia mengadu, tapi hanya pada Allah yang menjadi tempat untuk dia melepaskan semuanya.

Dia tak pernah beri tahu pada mak ayah, pada adik-beradik, pada kawan-kawan. Dia ada ramai kawan, tapi bukan semua dapat membantu, sebab masing-masing ada hal dan masalah mereka.

Dia tak stress, tapi dia mudah naik angin, tapi dia cepat cool down. Dia, sentiasa berusaha untuk menjaga hati semua orang. Tapi, dia tak mampu. Sebab dia menyakitkan hati orang jugak.

Dia, berusaha sebaik mungkin, namun apakan daya, nama pun manusia, ada hati, ada perasaan ada akal.

Ya, dia tahu. Tak semua orang kita suka, dan tak semua orang suka kita. Dia tahu ada orang sedang mengata dia, kerana dia juga pernah dan mengata orang. *bak kata orang, mengumpat*

"Astaghfirullahal'azim," dia sedar dia mengumpat, lalu segera memohon keampunan dari-Nya. Hatinya tak pernah lekang dari berzikir pada Allah.

Sebab dia tahu, Allah sahaja yang mampu membantunya.

Suatu hari, dia jatuh sakit. Tapi, dia tak mengadu pada siapa-siapa. Baginya, buat apa nak bagi tahu, sedang orang lain tak pernah nak ambil tahu, inikan pula dia. Kesian.

Itu saja yang mampu dia lakukan. Dia biarkan dirinya dalam kesakitan keseorangan. Di saat dia memerlukan pertolongan, semua orang lari. Tapi, di saat orang lain perlukan bantuan, dia lah orang pertama yang membantu dan pantas dalam melakukannya.

Orang puji, tapi dia tetap selamba, rendah diri. Dia pendiam, tapi suka berkawan. Pandangan pertama orang, orang akan kata, dia ni sombong, tapi itu tak benar, sebenarnya dia cuma segan sebab tak biasa dengan orang baru.

Tapi, baru ni, sakit dia bertambah teruk. Dan ketika itu, baru lah orang lain perasan. Selama ni? Oh, begitukah ujian buatnya? Kesian, buat baik sudah, tapi, sakit pulak yang terpaksa ditanggung.

Akhirnya, dia pergi. Ketika itu, orang lain baru sedar, yang dia tu ada penyakit kanser. Bayangkan keluarga sendiri tak pernah tahu, apatah lagi saudara mara dan sahabat handai.

Di saat dia tiada, baru lah kawan-kawannya menyesal tak sudah.




p/s : Cerita ini tiada kaitan antara yang hidup mahu pun yang telah meninggal dunia. Tapi, ingatlah, hargai orang sekeliling anda sebaik mungkin. Mereka bukan tempat untuk kita bersuka ria sahaja dan sebagai tempat untuk melepaskan beban kita kepada mereka, tapi mereka jua tempat untuk kita berkongsi masalah. Carilah manusia yang mampu membimbing kita ke Syurga, bukan ke Neraka. Cari sahabat yang benar-benar sahabat yang membawa kita ke jalan yang diredhai Allah. 




No comments:

Post a Comment

segan segan segan