Challenge yourself. There's always a sunshine behind the darkness of night.

Monday, February 13, 2012

Basic life support (CPR).

Assalamu'alaikum,

:)

Masih lagi berkemampuan dan menjenguk ke sini, agak sibuk kebelakangan ni, maklumlah, jadual padat sangat.

Dan Alhamdulillah, selesai kursus teori dan amali basic life support bersama dengan examnya sekali. Best belajar CPR sebenarnya, tapi bila kita yang buat, kita akan tahu betapa letihnya melakukan CPR (Cardiopulmonary Resuscitation)

Dan Alhamdulillah, lulus exam tadi. Syukur tak terhingga pada-Nya. And congrats to my dearest friend, Hafizah for getting the highest mark for theoretical and practical exam!

It looks easy to do it, but it's very important to save the life. You got a wrong technique, then the victim can die, or you will be sued.

Basic life support ni adalah pengetahuan teori dan kemahiran praktikal yang dipelajari untuk menyelamatkan mangsa cardiorespiratory arrest atau pun bahasa melayunya kematian mengejut, tanpa menggunakan sebarang peralatan tertentu. (buku manual kursus BLS-CPR)


CPR ialah kaedah mempertahankan fungsi pernafasan dan jantung mangsa kematian mengejut. Pada asasnya CPR menggunakan kombinasi teknik tekanan dada dan hembusan mulut ke mulut.

CPR yang dimulakan dengan segera dan betul dapat meneruskan bekalan oksigen ke sel-sel otak. Tanpa memulakan CPR, sel-sel di otak akan mengalami kematian dalam masa 4 minit disebabkan tidak mendapat oksigen. Mangsa akan mengalami kematian otak (brain death).


Brain death merupakan kematian hayat yang berkekalan yang tidak dapat dipulihkan. Kematian mengejut dapat dipulihkan jika CPR dilakukan dengan segera dan teknik yang betul sebelum kematian otak menyusul.


Time buat one man CPR, penat tu memang penat, tapi best sebenarnya bila kita tahu teknik ni. Tapi bimbang jugak, kalau benda ni terjadi kat tempat awam, kebanyakan orang buat tak tahu dan biarkan saja mangsa begitu sahaja kerana bimbang keadaannya bertambah parah, biasanya kes kemalangan lah.

Kadang, orang yang tahu pasal BLS pun buat tak tahu, kenapa? Sebab, manusia sekarang yang suka menyalahkan takdir, gila duit, gila saman. Ini realiti bukan fantasi. Orang yang meredai dengan takdir Allah, tidak akan menyaman orang. Kalau kita saman orang yang berusaha menyelamatkan nyawa orang, adakah dikira adil?

Adakah dengan saman seseorang yang ikhlas membantu dalam memberi bantuan tapi tidak berjaya, akan dapat mengembalikan nyawa? Tidak. Tidak. Tidak. Percayalah, setiap yang berlaku ada hikmahnya.

Saya tak pernah rasa undang-undang yang dibuat manusia ini adalah adil, tapi tanpa undang-undang punah ranah manusia. Undang-undang manusia pun manusia langgar, apatah lagi undang-undang dan peraturan yang telah ditetapkan Allah pun masih kita tak nak ikut.

Astaghfirullahal'azim. Semoga Allah memberi keampunan kepada kita semua. Allah itu Maha Pengampun lagi Maha Adil.


If Allah wants it to happen, it will.


p/s : Love the life and live for it because of Allah, not by following our nafsu.





No comments:

Post a Comment

segan segan segan