Challenge yourself. There's always a sunshine behind the darkness of night.

Friday, July 22, 2011

Beranilah kerana benar

Assalamu'alaikum,

Hari demi hari berlalu. Minggu berganti bulan. Dan bulan berganti tahun. Ayat lapuk tapi penuh makna. Dan dunia terus maju ke depan, begitu juga dengan usia.

Manusia dimamah usia yang semakin meningkat tapi ketinggian tetap jua begitu. Begitu lancar hidup ini. Walau penuh dengan onak dan duri.

Namun, setiap hari manusia berubah. Sebab, manusia boleh berubah. Berubah ke arah kebaikan.

Tapi, dalam sedar, banyak yang rosak. Rosak pemikiran, rosak hati. Sayangnya. Jangan ditanya kenapa, tapi bagaimana kita perlu tanganinya.

Bertanyakan kenapa, masalah takkan selesai, kerana kita merancang, yang menentukan-Nya adalah yang Maha Satu.

Selalu kita dengar, yang manusia takkan berhenti merungut. Seolah-olah tidak mensyukuri nikmat kurniaan-Nya.

Namun, apakan daya, nafsu yang ada, tak pernah memuaskan keinginan seorang manusia. Jangan disesali sekiranya telah berlaku.

Berfikir biar panjang, jangankan kerana satu perkara kecil, kita yang menyesal seumur hidup kelak.

Benar kata-kata orang tua, walau mereka tiada pendidikan, walau mereka mempunyai tahap pengetahuan yang cetek, namun, ingatlah, pengalaman mereka lebih banyak.

Pengalamanlah yang mengajar mereka. Kerana pengalaman yang membuatkan mereka sedar. Jangan diulangi perkara yang sama yang telah berlaku ketika dahulu berlaku pada zaman sekarang.

Tapi sayang, dunia canggih, tapi mentaliti manusia masih di tahap yang rendah. Menjatuhkan manusia sebangsa, seagama, senegara.

Kalau dulu, biarpun fasiliti kelas ketiga atau mungkin lebih rendah, namun, pemikiran mereka jauh lebih tinggi. Kerana adanya semangat juang.

Ruginya. Dulu dan sekarang jauh beza. Kalau 20 tahun yang lalu aku sudah menaiki kereta Mitsubishi yang boleh dikatakan kereta lupus zaman sekarang, namun bayi-bayi yang baru lahir pada era ini, sudah pun merasai Mercedez, Estima, BMW, Civic dan macam-macam lagi.

Kalau aku berumur 15 tahun di tahun 2006, aku masih buta IT, namun adikku yang jaraknya 10 tahun beza dengan aku, sudah pandai melayari internet.

Lihatlah, aku dan adikku. Jauh beza. Anda mungkin begitu juga. Bandingkan tahap pemikiran kita dengan adik-adik sekolah rendah. Cuba bayangkan semasa kita di sekolah rendah dulu, nak minta apa-apa pun mesti tak boleh.

Dan kita waktu dulu, akan berfikir dua kali sebelum kata pada "tidak". Manusia manusia. *mengeluh lagi*

Aku inginkan, aku impikan dunia yang aman, tanpa apa-apa peperangan, tanpa pencabulan hak asasi manusia, tanpa penindasan, tanpa pemerdagangan manusia.

Namun, itu cuma impian. Impian di alam fantasi. Bukan realiti. Aku mendambakan dunia yang tidak mementingkan wang. Denda undang-undang tanpa wang. Kerana seolah-olah menyusahkan manusia yang telah sedia susah menjadi semakin susah. Yang senang memang senang.

Hati terus berbicara. Mengharapkan Islam akan bangkit dan bersatu kembali dalam mengembalikan zaman kegemilangan Islam yang pernah menjadi keagungan kita sewaktu dahulu.

Hati terus mengharap dan mengharap. Namun, tanpa sokongan, Islam takkan bangun.

Tetapi, di saat manusia ingin menegakkan Islam, ingin kembalikan kebenaran tentang Islam, ada sahaja sebilangan manusia yang menghalang.

Menyatakan pelbagai alasan, alasan yang tidak masuk akal. Sayangnya, yang berkata demikian adalah orang Islam.

Sukarnya keadaan ini. Semoga, suatu hari nanti Islam akan bangkit. InsyaAllah...





No comments:

Post a Comment

segan segan segan